Categories
Uncategorized

Perbezaan Antara Lesen CIDB dan Kad Hijau CIDB: Apa yang Perlu Anda Tahu

Dalam industri binaan Malaysia, Lesen CIDB dan Kad Hijau CIDB adalah dua entiti yang sering dikaitkan dengan pematuhan undang-undang dan peraturan pembinaan. Namun, terdapat perbezaan penting antara keduanya. Dalam artikel ini, kita akan mengkaji secara mendalam perbezaan antara Lesen CIDB dan Kad Hijau CIDB serta membantu pembaca memahami peranan masing-masing dalam bidang pembinaan. Serta, bagaimana untuk memperbaharui (renew) dan menjaga keaktifan mereka dalam era digital dengan penekanan pada “renew CIDB,” “Kad Hijau CIDB,” “Kad CIDB,” “renew Kad Hijau,” “renew lesen CIDB online,” dan “renew lesen CIDB.”

Apa Itu Lesen CIDB?

Lesen CIDB adalah dokumen yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) kepada syarikat pembinaan yang memenuhi syarat tertentu. Lesen ini menunjukkan bahawa syarikat tersebut telah mematuhi standard dan peraturan yang ditetapkan oleh CIDB. Lesen CIDB adalah kritikal dalam membolehkan syarikat-syarikat ini terlibat dalam projek pembinaan yang sah di Malaysia.

Lesen CIDB biasanya berkaitan dengan keupayaan teknikal dan kewangan syarikat. Ia melibatkan proses pengesahan yang teliti bagi memastikan syarikat tersebut memenuhi standard yang telah ditetapkan. Lesen ini adalah prasyarat untuk mendapatkan projek pembinaan kerajaan dan swasta di Malaysia.

Apakah Peranan Kad Hijau CIDB?

Kad Hijau CIDB, adalah identifikasi peribadi yang dikeluarkan oleh CIDB kepada individu dalam industri pembinaan. Kad ini adalah pengiktirafan profesional dan membuktikan bahawa individu tersebut mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pembinaan. Ini adalah penting untuk individu yang bekerja di dalam industri ini, terutamanya untuk meningkatkan profesionalisme dan pengetahuan.

Kad Hijau CIDB juga berperanan sebagai alat pengenalan yang boleh digunakan untuk tujuan keselamatan di tapak pembinaan. Ia membantu memastikan individu yang bekerja di tapak tersebut mempunyai pengetahuan asas yang diperlukan untuk menjaga keselamatan diri mereka sendiri dan orang lain.

Perbezaan Utama Antara Lesen CIDB dan Kad Hijau CIDB

  1. Kepemilikan dan Penggunaan:
  • Lesen CIDB dimiliki oleh syarikat pembinaan dan berkaitan dengan keupayaan syarikat untuk menjalankan projek pembinaan. Kad Hijau CIDB adalah milik individu yang bekerja dalam industri pembinaan.
  1. Pengesahan dan Pematuhan:
  • Lesen CIDB melibatkan proses pengesahan yang ketat bagi syarikat dan memerlukan pematuhan standard yang ketat. Kad Hijau CIDB mengiktiraf pengetahuan dan kemahiran individu dalam bidang pembinaan.
  1. Kepentingan dalam Projek:
  • Lesen CIDB adalah penting untuk syarikat yang ingin mendapatkan projek pembinaan. Kad Hijau CIDB penting untuk individu yang ingin bekerja dalam industri pembinaan.
  1. Kaitan dengan Pekerjaan:
  • Lesen CIDB berkaitan dengan syarikat dan projek yang mereka jalankan. Kad Hijau CIDB berkaitan dengan individu dan pengetahuan serta kemahiran mereka.
  1. Pembaikan dan Pembaharuan:
  • Lesen CIDB boleh diperbaharui secara berkala, dan “renew lesen CIDB online” adalah cara yang semakin popular. Kad Hijau CIDB juga boleh diperbaharui dan “renew Kad Hijau” boleh dilakukan dalam talian.

Cara Memperbaharui Lesen CIDB

Pembaharuan Lesen CIDB adalah proses penting untuk syarikat pembinaan yang ingin terus beroperasi dalam industri ini. Anda boleh “renew lesen CIDB online” secara dalam talian. Klik link di bawah untuk lebih info: 
Renew Lesen CIDB Online

Cara Memperbaharui Kad Hijau CIDB

Bagi individu yang memegang Kad Hijau CIDB, pembaruan juga adalah langkah penting. Anda boleh “renew Kad Hijau” dalam talian dengan klik link di bawah:

Renew Kad Hijau

Kesimpulan

Dalam dunia industri pembinaan Malaysia, Lesen CIDB dan Kad Hijau CIDB adalah dua aspek penting yang berbeza. Lesen CIDB berkaitan dengan syarikat pembinaan dan keupayaan mereka untuk menjalankan projek pembinaan, manakala Kad Hijau CIDB mengiktiraf pengetahuan dan kemahiran individu dalam bidang pembinaan.

Pembaharuan Lesen CIDB dan Kad Hijau CIDB adalah langkah penting dalam memastikan pematuhan dan keaktifan dalam industri ini. Dalam era digital, pembaruan boleh dilakukan dalam talian untuk kemudahan dan pantas.

Mengenal pasti perbezaan antara Lesen CIDB dan Kad Hijau CIDB adalah penting bagi syarikat dan individu yang terlibat dalam industri pembinaan Malaysia. Semoga artikel ini membantu pembaca memahami peranan masing-masing dan proses pembaharuan yang berkaitan dengan “renew CIDB,” “Kad Hijau CIDB,” “Kad CIDB,” “renew Kad Hijau,” “renew lesen CIDB online,” dan “renew lesen CIDB.”

Categories
Uncategorized

Cara Daftar Lesen CIDB

Pengenalan

Lesen CIDB atau lebih dikenali sebagai lesen kontraktor adalah slip akuan atau sijil bagi seseorang yang ingin menjalankan dan menyiapkan kerja-kerja pembinaan. Kontraktor ini perlulah terlebih dahulu berdaftar dengan CIDB Malaysia mengikut akta pembinaan. Di Malaysia, terdapat 3 jenis sijil kontraktor cidb antaranya ialah Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB). Kontraktor hanya dibenarkan menjalankan kerja-kerja pembinaan selepas lesen CIDB anda telah diluluskan dan sekiranya anda menjalankan kerja-kerja pembinaan tanpa kelulusan CIDB. Syarikat anda boleh dikenakan tindakan undang-undang. Sebelum berdaftar sebagai kontraktor, anda perlu mengetahui syarat-syarat dan kelayakan yang boleh dimohon seperti yang telah ditetapkan oleh pihak CIDB. Antaranya adalah modal berbayar yang anda miliki. Modal berbayar ini akan menentukan gred-gred yang boleh dipohon. Anda boleh rujuk artikel ini bagi mengetahui cara daftar lesen CIDB dengan mudah dan cepat

Cara Daftar Lesen CIDB

Langkah 1 : Layari CIDB2u

Layari laman web kami CIDB2u dan di laman utama akan memaparkan 2 pilihan iaitu “Pembaharuan Kad Personel Binaan CIDB” dan “Pendaftaran Kontraktor CIDB”. Sila klik pada butang “Mohon Sekarang” pada Pendaftaran Kontraktor CIDB.

Langkah 2 : Pilih Jenis Permohonan

Kemudian sila pilih jenis permohonan anda sama ada Pendaftaran Baru  atau Pembaharuan Pendaftaran. Klik pada butang “Pendaftaran Baru ”.

Langkah 3 : Isi maklumat di borang permohonan daftar Kad CIDB

Seterusnya, anda perlu mengisi semua maklumat pada borang permohonan dengan tepat supaya pihak kami boleh menghubungi anda untuk membantu anda ke proses yang seterusnya. Selepas isi maklumat, sila pastikan anda klik pada butang “Buat Bayaran Deposit RM100″

Langkah 4 : Page Terima Kasih

Baca maklumat yang di beri dan klik “BAYAR DEPOSIT”

Langkah 5 : Buat Bayaran Deposit

Kesimpulan

Mudah bukan? Hanya dengan 5 langkah anda boleh menjadi kontraktor berdaftar dengan CIDB. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi pihak kami pada page “HUBUNGI KAMI”. Pihak kami akan membantu anda untuk uruskan pendaftaran lesen CIDB syarikat anda. Urusan cepat dan mudah hanya di CIDB2u.

Sekian, terima kasih.

 

Categories
Uncategorized

Semak Expiry Kad Hijau CIDB

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia biasannya dikenali sebagai CIDB Malaysia, beroperasi sebagai entity kerajaan dibawah Kementerian Kerja Raya. Tujuan penubuhannya adalah untuk mengawasi dan memajukan industri pembinaan di Malaysia dengan matlamat utama untuk mencapai kedudukan daya saing global. CIDB Malaysia berusaha untuk mempertahankan visinya untuk memastikan kecemerlangan dalam pembinaan melalui penggunaan bahan dan produk binaan yang unggul. Ingin semak dan tahu status kad hijau CIDB anda ? Di sini kami jelaskan untuk anda membuat semakan sama ada masih aktif atau telah tamat tempoh.

STATUS KAD HIJAU TELAH EXPIRED ATAU MASIH AKTIF?

Pekerja pembinaan memerlukan kad khas yang dipanggil Kad Hijau untuk masuk ke tapak bangunan. Kadang-kadang mereka bimbang jika kad mereka masih aktif. Mereka boleh menyemak di laman web yang dipanggil cidb cims untuk menyemak sama ada kad mereka aktif atau tidak. Hal ini akan memudahkan mereka untuk mengenalpasti samada mereka layak untuk memasuki tapak pembinaan atau tidak.

CARA-CARA UNTUK SEMAK KAD HIJAU CIDB ANDA

Anda boleh layari laman web CIMS CIDB dan pada laman utama akan memaparkan satu seksyen untuk mencari maklumat terkini tentang direktori personel binaan. Seterusnya, anda boleh klik pada bahagian “Cari Direktori Personel Binaan” untuk memulakan semakan status Kad Hijau. Personel binaan perlu memasukkan nombor kad pengenalan/passport/IMMP13 untuk mendapatkan status kad. Selepas itu, anda boleh klik butang “Submit”, paparan maklumat akan dipaparkan antaranya termasuklah nombor kad pengenalan/passport, nama pemegang kad, status kad hijau, tarikh tamat tempoh kad, nombor personel kad, kategori pekerjaan, maklumat tred dan sejarah pendaftaran.

Sekiranya status semak kad hijau anda masih aktif, anda layak untuk memasuki tapak pembinaan sekaligus layak untuk membuat tuntutan insurans takaful di bawah CIDB sekirannya berlaku kemalangan di tapak pembinaan. Jika status kad hijau anda telah tamat tempoh, anda perlu membuat permohonan untuk pembaharuan kad hijau anda di laman web kami CIDB2u.my bagi mendapatkan maklumat mengenai cara untuk membuat pembaharuan kad hijau, boleh klik pada link berikut Pembaharuan Kad Hijau .

Sekian terima kasih

Categories
Uncategorized

Cara Renew Kad Hijau CIDB Online

Pengenalan

Tahukah anda bahawa diwajibkan semua pekerja yang terlibat dalam kerja-kerja binaan berdaftar dengan CIDB sebagai Personel Binaan iaitu dengan memiliki Kad Hijau CIDB berkuatkuasa 1hb Jun 2015 dan kini boleh didaftar secara online sahaja. Sekiranya anda telah pun mempunyai kad hijau tetapi ianya telah tamat tempoh, anda perlu renew kad hijau CIDB anda supaya apabila berlaku kemalangan di tapak binaan, anda layak menerima perlindungan di bawah Pelan Takaful Personel Binaan Berkelompok CIDB. Berikut cara renew kad hijau CIDB secara online dengan CIDB2u.my.

Cara Renew Kad Hijau CIDB Online

Langkah 1 : Layari CIDB2u.my

Layari website CIDB2u dan klik butang “Perbaharui Sekarang ” dibawah “Pembaharuan Kad Personel Binaan / Kad Hijau CIDB” untuk perbaharui kad anda.

Langkah 2 : Pilih Jenis Permohonan

Sekiranya anda adalah warga tempatan, klik pada butang “Pembaharuan Kad Hijau CIDB (Pekerja Tempatan)” atau butang “Pembaharuan Kad Hijau CIDB (Pekerja Asing)” untuk pekerja asing.

Langkah 3 : Isi Maklumat Pada Borang Permohonan CIDB Online

Untuk langkah seterusnya, anda perlu Anda perlu mengisi maklumat peribadi dan maklumat pewaris. Perlu diingatkan bahawa permohonan pembaharuan kad hijau cidb hanya boleh diproses sekiranya maklumat yang diterima adalah tepat.

Langkah 4: Buat Bayaran Secara Online Untuk Kad CIDB

Sekarang anda boleh terus membuat pembayaran dengan memilih Bank Pilihan anda sebelum klik butang  “I understand and accept the terms and conditions.”

Langkah 5 : Terima Pas Sementara

Selepas bayaran dibuat, anda akan menerima resit bayaran melalui emel yang menyatakan anda telah membuat bayaran. Permohonan anda akan diproses dan anda akan menerima pas sementara dalam masa 48 jam (maksima) melalui emel anda seperti yang dinyatakan pada borang permohonan. Pas sementara ini sah digunakan untuk anda masuk ke tapak binaan. Berikut adalah contah pas sementara yang anda akan terima.

Langkah 6 : Terima Kad Hijau CIDB

Akhir sekali, kad hijau cidb yang telah siap diperbaharui akan di pos pada alamat penghantaran anda. Sekiranya permohonan pembaharuan kad hijau cidb anda tidak berjaya, pihak kami akan menghantar satu email untuk bayaran balik (refund) kepada pihak anda.

Rumusan Cara Renew Kad Hijau CIDB

Senang bukan? Hanya dengan 6 langkah anda boleh renew kad hijau anda dengan mudah dan cepat. Jangan lupa layari laman web CIDB2u dan isi borang permohonan untuk perbaharui kad hijau cidb anda.

Categories
Uncategorized

CIDB Malaysia Itu Siapa?

CIDB Malaysia

Tahukah anda siapakan CIDB ? CIDB Malaysia atau nama sebenarnya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM)  merupakan satu badan kerajaan di bawah Kementerian Kerja Raya yang ditubuhkan dan bertanggungjawab untuk menyelia dan membangun industri binaan di Malaysia menuju ke arah mencapai daya saing global selari dengan visi CIDB iaitu memastikan pembinaan yang berkualiti tinggi melalui penggunaan bahan-bahan binaan dan produk yang berkualiti.

Contractor with cidb
Contractor with CIDB2u.my

Objektif CIDB

Objektif CIDB adalah untuk membina kapasiti dan kapabiliti industri pembinaan melalui peningkatan kualiti dan produktiviti dengan memberi penekanan kepada profesionalisme, inovasi dan pengetahuan ke arah kehidupan yang berkualiti.

Fungsi Utama CIDB di Malaysia

Antara tugas utama CIDB adalah mendaftar dan mengakreditasi mana-mana kontraktor yang terlibat dengan pembinaan di Malaysia dengan syarat-syarat tertentu, pembaharuan lesen CIDB dan juga memperakukan mana-mana individu yang berdaftar yang terlibat dengan pembinaan melalui pendaftaran personel binaan (kad hijau) untuk meningkatkan tahap keselamatan di tapak kerja- kerja pembinaan. Terdapat fungsi-fungsi lain antaranya ialah memajukan dan menggalakkan jaminan kualiti dalam industri binaan di Malaysia. CIDB juga memberi khidmat nasihat kepada semua pelanggan dan pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan dengan bahan dan produk pembinaan.

CIDB juga berfungsi untuk menguruskan apa-apa aduan atau laporan yang dibuat berkenaan dengan apa-apa kegagalan kerja pembinaan atau kerja pembinaan yang telah siap menyentuh keselamatan awam dan mengambil tindakan yang sesuai untuk menanganinya.

Fokus CIDB adalah pada pertumbuhan yang mampan, kapasiti dan pemerkasaan, penambahbaikan prestasi industri dan amalan terbaik serta perubahan industri disokong oleh amalan perolehan yang konsisten dan beretika. Selain itu, fokusnya adalah untuk meningkatkan nilai kepada pelanggan dan masyarakat.

Rumusan

Sebagai kesimpulannya, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) merupakan satu entiti yang memainkan peranan besar dalam industri binaan Malaysia. Semua syarikat atau individu yang terlibat dengan projek binaan perlulah berdaftar terlebih dahulu dengan CIDB supaya tuntutan dapat dibuat. Sekiranya berlaku apa-apa kemalangan semasa menjalankan kerja-kerja mahir di Malaysia. Oleh itu, jika anda majikan atau pekerja yang ditugaskan dalam hal keselamatan dan pentadbiran. Pastikan semua pekerja telah mempunyai Kad Hijau serta jika perlu diakreditasikan. Jangan bertangguh-tangguh lagi kerana penguatkuasaan kini giat dijalankan. Sekiranya kad hijau dan lesen kontraktor CIDB anda telah tamat tempoh renew sekarang di CIDB2u.my

Categories
Uncategorized

Kad Hijau CIDB

Kad Hijau CIDB

Kad hijau CIDB card adalah akuan sah bagi melayakkan individu yang berdaftar dengan CIDB terlibat dalam industri binaan di Malaysia

Berdasarkan Akta 520, setiap Personel Binaan yang terlibat dalam melakukan kerja-kerja pembinaan di tapak pembinaan wajib mendaftar dan memiliki kad hijau personel binaan cidb di mana mereka boleh dikenakan denda sebanyak RM5000 sekirannya gagal mengemukakan kad perakuan pendaftaran personel binaan masing-masing ketika berada di tapak pembinaan. Bagi Personel Binaan yang dimaksudkan adalah termasuk –

  1. Pekerja binaan am
  2. Pekerja binaan separa mahir
  3. Pekerja binaan mahir
  4. Penyelia tapak binaan
  5. Pengurus projek binaan dan
  6. Mana-mana pekerja lain dalam industry pembinaan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

Kelebihan Kad Hijau CIDB

Personel Binaan yang memiliki Kad Pendaftaran Personel Binaan yang sah akan diberikan perlindungan di bawah Pelan Takaful Personel Binaan berkelompok CIDB. Pelan ini adalah merupakan satu bentuk perlindungan berdasarkan konsep Hibah (Pemberian/Hadiah) yang mana pembayaranya tertakluk kepada budi bicara dan pertimbangan CIDB. Ianya bertujuan untuk memberi sumbangan kepada personel binaan yang ditimpa kemalangan atau kepada keluarga (penama) jika berlaku kematian. Konsep pelan perlindungan ini sejajar dengan dasar kerajaan Malaysia untuk mewujudkan masyarakat yang prihatin dan penyanyang. Perlindungan ini terhad kepada pemilik Kad Pendaftaran Personel Binaan yang mencapai umur genap 16 tahun sehingga 70 tahun. Dan masa perlindungan adalah 24 jam (termasuk luar waktu bekerja) dan meliputi seluruh kawasan di dunia. Untuk memenuhi syarat-syarat bagi melayakkan personel binaan untuk mendapatkan tuntutan dan perlindungan ini, status kad hijau mereka mestilah aktif ketika berada di kawasan tapak pembinaan.

Syarat-syarat tuntutan manfaat perlindungan

Namun begitu, terdapat beberapa syarat yang ditetapkan oleh pihak CIDB kepada pemegang kad hijau untuk tuntutan manfaat perlindungan, antaranya :

  1. Tuntutan dibuat oleh Pemilik/Penama yang sah menggunakan Borang UPPT-1/v.01 dengan lengkap.
  2. Tuntutan hendaklah dibuat selewat-lewatnya 60 hari dari tarikh kejadian.
  3. Kejadian/ kemalangan berlaku semasa Kad Pendaftaran Personel Binaan masih sahlaku dan umur dari 16 tahun sehingga 70 tahun.
  4. Kejadian berlaku bukan akibat dari pemilik Kad Pendaftaran Personel Binaan melanggar mana-mana peruntukan perundangan Negara atau mana-mana Negara

 

Untuk bantuan mengenai kad hijau personel CIDB juga boleh menghubungi kami di sini untuk sebarang pertanyaan. Kami di CIDB2u sedia membantu anda sepenuhnya dalam proses permohonan sehingga anda menerima kelulusan aktif dalam sistem.

Sekian, Terima Kasih

 

Categories
Uncategorized

How To Renew CIDB Green Card

Introduction

Effective on 1st June 2015, it is mandatory to all workers and contractors that involved in construction need to register with CIDB as Construction Personnel by having a CIDB green card . If you already have a green card but it has expired, you need to renew your CIDB green card if an accident occur at the construction site while working, you are eligible to receive coverage under the CIDB Group Construction Personnel Takaful Plan. Here’s a few step on how to renew green card cidb for local and foreigner worker with CIDB2u.my.

How to Renew CIDB Green Card.

Step 1: Link to CIDB2u to renew CIDB card.

Go to CIDB2u website and then click the “Perbaharui Sekarang ” button under “Pembaharuan Kad Personel Binaan / Kad Hijau CIDB” to renew your CIDB. 

Step 2 : Choose the type of application.

You will be redirect to this page. If you are local worker, click the “Pembaharuan Kad Hijau CIDB (Pekerja Tempatan)” button or if you are foreign worker you may click the “Pembaharuan Kad Hijau CIDB (Pekerja Asing)” button.

Step 3: Fill in the form to renew CIDB card.

Next, you need to fill in the details of green card CIDB holder and the beneficiary. Please be make sure that all the details are correct before proceed to the payment.

Step 4: Made payment using online banking.

Now proceed to payment and you may choose your online banking before click at the “I understand and accept the terms and conditions.”

Step 5: Received temporary pass.

After payment was made, you will received transaction receipt through email. The temporary pass will be emailed to you within 24hours and the green card CIDB will be posted to your address in 14-21 of working days.

Conclusion

Just with 5 steps you now can renew your green card CIDB (kad hijau). Don’t forget to click CIDB2u.my and fill in the application form to renew your  green card. Our CIDB2u team will process your application within 24hours.

Categories
Artikel

Cara Daftar Kad Hijau CIDB Online

Pengenalan

Berkuatkuasa pada 1hb Jun 2015 adalah diwajibkan kepada semua pekerja yang terlibat dalam kerja-kerja binaan berdaftar dengan CIDB sebagai Personel Binaan iaitu dengan memiliki Kad Hijau CIDB. Sekiranya anda belum mempunyai kad hijau dan terlibat dalam melaksanakan kerja-kerja pembinaan anda wajib daftar kad hijau CIDB. Apabila berlaku kemalangan di tapak binaan, anda layak menerima perlindungan di bawah Pelan Takaful Personel Binaan Berkelompok CIDB. Berikut adalah cara daftar kad hijau dengan RenewCIDB.

Cara Daftar Kad Hijau CIDB Online
Langkah 1 : Layari CIDB2u.my

Layari laman web kami CIDB2u dan di laman utama akan memaparkan dua pilihan utama iaitu Pendaftaran dan Pembaharuan CIDB. Klik “Mohon Sekarang” pada pilihan Pendaftaran Kontraktor dengan CIDB