Kad Hijau CIDB

renew cidb, kad hijau cidb, kad cidb, renew kad hijau, renew lesen cidb online, renew lesen cidb,
Table of Contents

Kad Hijau CIDB

Kad hijau CIDB card adalah akuan sah bagi melayakkan individu yang berdaftar dengan CIDB terlibat dalam industri binaan di Malaysia

Berdasarkan Akta 520, setiap Personel Binaan yang terlibat dalam melakukan kerja-kerja pembinaan di tapak pembinaan wajib mendaftar dan memiliki kad hijau personel binaan cidb di mana mereka boleh dikenakan denda sebanyak RM5000 sekirannya gagal mengemukakan kad perakuan pendaftaran personel binaan masing-masing ketika berada di tapak pembinaan. Bagi Personel Binaan yang dimaksudkan adalah termasuk –

  1. Pekerja binaan am
  2. Pekerja binaan separa mahir
  3. Pekerja binaan mahir
  4. Penyelia tapak binaan
  5. Pengurus projek binaan dan
  6. Mana-mana pekerja lain dalam industry pembinaan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

Kelebihan Kad Hijau CIDB

Personel Binaan yang memiliki Kad Pendaftaran Personel Binaan yang sah akan diberikan perlindungan di bawah Pelan Takaful Personel Binaan berkelompok CIDB. Pelan ini adalah merupakan satu bentuk perlindungan berdasarkan konsep Hibah (Pemberian/Hadiah) yang mana pembayaranya tertakluk kepada budi bicara dan pertimbangan CIDB. Ianya bertujuan untuk memberi sumbangan kepada personel binaan yang ditimpa kemalangan atau kepada keluarga (penama) jika berlaku kematian. Konsep pelan perlindungan ini sejajar dengan dasar kerajaan Malaysia untuk mewujudkan masyarakat yang prihatin dan penyanyang. Perlindungan ini terhad kepada pemilik Kad Pendaftaran Personel Binaan yang mencapai umur genap 16 tahun sehingga 70 tahun. Dan masa perlindungan adalah 24 jam (termasuk luar waktu bekerja) dan meliputi seluruh kawasan di dunia. Untuk memenuhi syarat-syarat bagi melayakkan personel binaan untuk mendapatkan tuntutan dan perlindungan ini, status kad hijau mereka mestilah aktif ketika berada di kawasan tapak pembinaan.

Syarat-syarat tuntutan manfaat perlindungan

Namun begitu, terdapat beberapa syarat yang ditetapkan oleh pihak CIDB kepada pemegang kad hijau untuk tuntutan manfaat perlindungan, antaranya :

  1. Tuntutan dibuat oleh Pemilik/Penama yang sah menggunakan Borang UPPT-1/v.01 dengan lengkap.
  2. Tuntutan hendaklah dibuat selewat-lewatnya 60 hari dari tarikh kejadian.
  3. Kejadian/ kemalangan berlaku semasa Kad Pendaftaran Personel Binaan masih sahlaku dan umur dari 16 tahun sehingga 70 tahun.
  4. Kejadian berlaku bukan akibat dari pemilik Kad Pendaftaran Personel Binaan melanggar mana-mana peruntukan perundangan Negara atau mana-mana Negara

 

Untuk bantuan mengenai kad hijau personel CIDB juga boleh menghubungi kami di sini untuk sebarang pertanyaan. Kami di CIDB2u sedia membantu anda sepenuhnya dalam proses permohonan sehingga anda menerima kelulusan aktif dalam sistem.

Sekian, Terima Kasih

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *