Cara Daftar Lesen CIDB

Table of Contents

Pengenalan

Lesen CIDB atau lebih dikenali sebagai lesen kontraktor adalah slip akuan atau sijil bagi seseorang yang ingin menjalankan dan menyiapkan kerja-kerja pembinaan. Kontraktor ini perlulah terlebih dahulu berdaftar dengan CIDB Malaysia mengikut akta pembinaan. Di Malaysia, terdapat 3 jenis sijil kontraktor cidb antaranya ialah Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB). Kontraktor hanya dibenarkan menjalankan kerja-kerja pembinaan selepas lesen CIDB anda telah diluluskan dan sekiranya anda menjalankan kerja-kerja pembinaan tanpa kelulusan CIDB. Syarikat anda boleh dikenakan tindakan undang-undang. Sebelum berdaftar sebagai kontraktor, anda perlu mengetahui syarat-syarat dan kelayakan yang boleh dimohon seperti yang telah ditetapkan oleh pihak CIDB. Antaranya adalah modal berbayar yang anda miliki. Modal berbayar ini akan menentukan gred-gred yang boleh dipohon. Anda boleh rujuk artikel ini bagi mengetahui cara daftar lesen CIDB dengan mudah dan cepat

Cara Daftar Lesen CIDB

Langkah 1 : Layari CIDB2u

Layari laman web kami CIDB2u dan di laman utama akan memaparkan 2 pilihan iaitu “Pembaharuan Kad Personel Binaan CIDB” dan “Pendaftaran Kontraktor CIDB”. Sila klik pada butang “Mohon Sekarang” pada Pendaftaran Kontraktor CIDB.

Langkah 2 : Pilih Jenis Permohonan

Kemudian sila pilih jenis permohonan anda sama ada Pendaftaran Baru  atau Pembaharuan Pendaftaran. Klik pada butang “Pendaftaran Baru ”.

Langkah 3 : Isi maklumat di borang permohonan daftar Kad CIDB

Seterusnya, anda perlu mengisi semua maklumat pada borang permohonan dengan tepat supaya pihak kami boleh menghubungi anda untuk membantu anda ke proses yang seterusnya. Selepas isi maklumat, sila pastikan anda klik pada butang “Buat Bayaran Deposit RM100″

Langkah 4 : Page Terima Kasih

Baca maklumat yang di beri dan klik “BAYAR DEPOSIT”

Langkah 5 : Buat Bayaran Deposit

Kesimpulan

Mudah bukan? Hanya dengan 5 langkah anda boleh menjadi kontraktor berdaftar dengan CIDB. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi pihak kami pada page “HUBUNGI KAMI”. Pihak kami akan membantu anda untuk uruskan pendaftaran lesen CIDB syarikat anda. Urusan cepat dan mudah hanya di CIDB2u.

Sekian, terima kasih.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *