Portal Atas Talian
Bagi Pengurusan Pekerja & Syarikat Dengan
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan
Malaysia (CIDB)

Proses Permohonan Cepat & Mudah
Profesional & berpengalaman tinggi
Kadar bayaran fleksibel dan berpatutan

Kad Pintar Personel Binaan CIDB

Kad Hijau CIDB juga dikenali sebagai Kad Personel Binaan. Ia adalah perakuan bagi pekerja binaan yang telah menjalani kursus & latihan keselamatan di tapak pembinaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia atau juga dikenali sebagai Construction Industry Development Board (CIDB) Malaysia. Setiap pekerja binaan samada pekerja tempatan atau pekerja asing WAJIB berdaftar sebagai Personel Binaan dan memiliki Kad Hijau yang sah selaras dengan Seksyen 33, Akta CIDB 520.

Berkuatkuasa mulai 15 Oktober 2019, CIDB Malaysia memperkenalkan Kad Pintar Pendaftaran Personel Binaan baharu yang telah dinaiktaraf seiring dengan kemajuan teknologi. Kad Pintar ini iaitu EMV Green Card programme yang direkabentuk dengan meningkatkan ciri-ciri keselamatan serta penggabungan Kad Pintar ini bercirikan transaksi perdagangan.

Personel binaan yang telah memiliki Kad Pintar CIDB hanya perlu memperbaharui pendaftaran personel binaan secara atas talian. Kad Pintar hanya akan dicetak semula sekiranya personel binaan membuat permohonan gantian kad hilang atau rosak.

Pendaftaran Kontraktor Dengan CIDB

Berkuatkuasa mulai 20 Julai 1995, adalah mandatori untuk semua kontraktor samada tempatan atau asing untuk berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau CIDB dibawah Seksyen 25 Akta 520 (Pindaan 2011) sebelum mengakujanji dan menyempurnakan apa-apa kerja pembinaan di Malaysia kecuali mereka yang diberi pengecualian di bawah Seksyen 40(1) Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520).

Mana-mana kontraktor yang melanggar Seksyen 25 apabila disabitkan, boleh di denda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit tetapi tidak melebihi satu ratus ribu ringgit dibawah Seksyen 29. Dibawah Seksyen 30 Lembaga boleh melalui notis bertulis yang disampaikan kepada kontraktor untuk berhenti daripada memulakan atau meneruskan kerja pembinaan atau mengakujanji untuk menjalankan atau menyiapkan kerja pembinaan.

“Urusan pembaharuan dan pendaftaran baru menjadi lebih mudah dengan adanya CIDB2u yang ikhlas membantu”