Categories
Uncategorized

Cara Renew Kad Hijau CIDB Online

Pengenalan

Tahukah anda bahawa diwajibkan semua pekerja yang terlibat dalam kerja-kerja binaan berdaftar dengan CIDB sebagai Personel Binaan iaitu dengan memiliki Kad Hijau CIDB berkuatkuasa 1hb Jun 2015 dan kini boleh didaftar secara online sahaja. Sekiranya anda telah pun mempunyai kad hijau tetapi ianya telah tamat tempoh, anda perlu renew kad hijau CIDB anda supaya apabila berlaku kemalangan di tapak binaan, anda layak menerima perlindungan di bawah Pelan Takaful Personel Binaan Berkelompok CIDB. Berikut cara renew kad hijau CIDB secara online dengan CIDB2u.my.

Cara Renew Kad Hijau CIDB Online

Langkah 1 : Layari CIDB2u.my

Layari website CIDB2u dan klik butang “Perbaharui Sekarang ” dibawah “Pembaharuan Kad Personel Binaan / Kad Hijau CIDB” untuk perbaharui kad anda.

Langkah 2 : Pilih Jenis Permohonan

Sekiranya anda adalah warga tempatan, klik pada butang “Pembaharuan Kad Hijau CIDB (Pekerja Tempatan)” atau butang “Pembaharuan Kad Hijau CIDB (Pekerja Asing)” untuk pekerja asing.

Langkah 3 : Isi Maklumat Pada Borang Permohonan CIDB Online

Untuk langkah seterusnya, anda perlu Anda perlu mengisi maklumat peribadi dan maklumat pewaris. Perlu diingatkan bahawa permohonan pembaharuan kad hijau cidb hanya boleh diproses sekiranya maklumat yang diterima adalah tepat.

Langkah 4: Buat Bayaran Secara Online Untuk Kad CIDB

Sekarang anda boleh terus membuat pembayaran dengan memilih Bank Pilihan anda sebelum klik butang  “I understand and accept the terms and conditions.”

Langkah 5 : Terima Pas Sementara

Selepas bayaran dibuat, anda akan menerima resit bayaran melalui emel yang menyatakan anda telah membuat bayaran. Permohonan anda akan diproses dan anda akan menerima pas sementara dalam masa 48 jam (maksima) melalui emel anda seperti yang dinyatakan pada borang permohonan. Pas sementara ini sah digunakan untuk anda masuk ke tapak binaan. Berikut adalah contah pas sementara yang anda akan terima.

Langkah 6 : Terima Kad Hijau CIDB

Akhir sekali, kad hijau cidb yang telah siap diperbaharui akan di pos pada alamat penghantaran anda. Sekiranya permohonan pembaharuan kad hijau cidb anda tidak berjaya, pihak kami akan menghantar satu email untuk bayaran balik (refund) kepada pihak anda.

Rumusan Cara Renew Kad Hijau CIDB

Senang bukan? Hanya dengan 6 langkah anda boleh renew kad hijau anda dengan mudah dan cepat. Jangan lupa layari laman web CIDB2u dan isi borang permohonan untuk perbaharui kad hijau cidb anda.

Categories
Uncategorized

CIDB Malaysia Itu Siapa?

CIDB Malaysia

Tahukah anda siapakan CIDB ? CIDB Malaysia atau nama sebenarnya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM)  merupakan satu badan kerajaan di bawah Kementerian Kerja Raya yang ditubuhkan dan bertanggungjawab untuk menyelia dan membangun industri binaan di Malaysia menuju ke arah mencapai daya saing global selari dengan visi CIDB iaitu memastikan pembinaan yang berkualiti tinggi melalui penggunaan bahan-bahan binaan dan produk yang berkualiti.

Contractor with cidb
Contractor with CIDB2u.my

Objektif CIDB

Objektif CIDB adalah untuk membina kapasiti dan kapabiliti industri pembinaan melalui peningkatan kualiti dan produktiviti dengan memberi penekanan kepada profesionalisme, inovasi dan pengetahuan ke arah kehidupan yang berkualiti.

Fungsi Utama CIDB di Malaysia

Antara tugas utama CIDB adalah mendaftar dan mengakreditasi mana-mana kontraktor yang terlibat dengan pembinaan di Malaysia dengan syarat-syarat tertentu, pembaharuan lesen CIDB dan juga memperakukan mana-mana individu yang berdaftar yang terlibat dengan pembinaan melalui pendaftaran personel binaan (kad hijau) untuk meningkatkan tahap keselamatan di tapak kerja- kerja pembinaan. Terdapat fungsi-fungsi lain antaranya ialah memajukan dan menggalakkan jaminan kualiti dalam industri binaan di Malaysia. CIDB juga memberi khidmat nasihat kepada semua pelanggan dan pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan dengan bahan dan produk pembinaan.

CIDB juga berfungsi untuk menguruskan apa-apa aduan atau laporan yang dibuat berkenaan dengan apa-apa kegagalan kerja pembinaan atau kerja pembinaan yang telah siap menyentuh keselamatan awam dan mengambil tindakan yang sesuai untuk menanganinya.

Fokus CIDB adalah pada pertumbuhan yang mampan, kapasiti dan pemerkasaan, penambahbaikan prestasi industri dan amalan terbaik serta perubahan industri disokong oleh amalan perolehan yang konsisten dan beretika. Selain itu, fokusnya adalah untuk meningkatkan nilai kepada pelanggan dan masyarakat.

Rumusan

Sebagai kesimpulannya, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) merupakan satu entiti yang memainkan peranan besar dalam industri binaan Malaysia. Semua syarikat atau individu yang terlibat dengan projek binaan perlulah berdaftar terlebih dahulu dengan CIDB supaya tuntutan dapat dibuat. Sekiranya berlaku apa-apa kemalangan semasa menjalankan kerja-kerja mahir di Malaysia. Oleh itu, jika anda majikan atau pekerja yang ditugaskan dalam hal keselamatan dan pentadbiran. Pastikan semua pekerja telah mempunyai Kad Hijau serta jika perlu diakreditasikan. Jangan bertangguh-tangguh lagi kerana penguatkuasaan kini giat dijalankan. Sekiranya kad hijau dan lesen kontraktor CIDB anda telah tamat tempoh renew sekarang di CIDB2u.my

Categories
Uncategorized

Kad Hijau CIDB

Kad Hijau CIDB

Kad hijau CIDB card adalah akuan sah bagi melayakkan individu yang berdaftar dengan CIDB terlibat dalam industri binaan di Malaysia

Berdasarkan Akta 520, setiap Personel Binaan yang terlibat dalam melakukan kerja-kerja pembinaan di tapak pembinaan wajib mendaftar dan memiliki kad hijau personel binaan cidb di mana mereka boleh dikenakan denda sebanyak RM5000 sekirannya gagal mengemukakan kad perakuan pendaftaran personel binaan masing-masing ketika berada di tapak pembinaan. Bagi Personel Binaan yang dimaksudkan adalah termasuk –

  1. Pekerja binaan am
  2. Pekerja binaan separa mahir
  3. Pekerja binaan mahir
  4. Penyelia tapak binaan
  5. Pengurus projek binaan dan
  6. Mana-mana pekerja lain dalam industry pembinaan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

Kelebihan Kad Hijau CIDB

Personel Binaan yang memiliki Kad Pendaftaran Personel Binaan yang sah akan diberikan perlindungan di bawah Pelan Takaful Personel Binaan berkelompok CIDB. Pelan ini adalah merupakan satu bentuk perlindungan berdasarkan konsep Hibah (Pemberian/Hadiah) yang mana pembayaranya tertakluk kepada budi bicara dan pertimbangan CIDB. Ianya bertujuan untuk memberi sumbangan kepada personel binaan yang ditimpa kemalangan atau kepada keluarga (penama) jika berlaku kematian. Konsep pelan perlindungan ini sejajar dengan dasar kerajaan Malaysia untuk mewujudkan masyarakat yang prihatin dan penyanyang. Perlindungan ini terhad kepada pemilik Kad Pendaftaran Personel Binaan yang mencapai umur genap 16 tahun sehingga 70 tahun. Dan masa perlindungan adalah 24 jam (termasuk luar waktu bekerja) dan meliputi seluruh kawasan di dunia. Untuk memenuhi syarat-syarat bagi melayakkan personel binaan untuk mendapatkan tuntutan dan perlindungan ini, status kad hijau mereka mestilah aktif ketika berada di kawasan tapak pembinaan.

Syarat-syarat tuntutan manfaat perlindungan

Namun begitu, terdapat beberapa syarat yang ditetapkan oleh pihak CIDB kepada pemegang kad hijau untuk tuntutan manfaat perlindungan, antaranya :

  1. Tuntutan dibuat oleh Pemilik/Penama yang sah menggunakan Borang UPPT-1/v.01 dengan lengkap.
  2. Tuntutan hendaklah dibuat selewat-lewatnya 60 hari dari tarikh kejadian.
  3. Kejadian/ kemalangan berlaku semasa Kad Pendaftaran Personel Binaan masih sahlaku dan umur dari 16 tahun sehingga 70 tahun.
  4. Kejadian berlaku bukan akibat dari pemilik Kad Pendaftaran Personel Binaan melanggar mana-mana peruntukan perundangan Negara atau mana-mana Negara

 

Untuk bantuan mengenai kad hijau personel CIDB juga boleh menghubungi kami di sini untuk sebarang pertanyaan. Kami di CIDB2u sedia membantu anda sepenuhnya dalam proses permohonan sehingga anda menerima kelulusan aktif dalam sistem.

Sekian, Terima Kasih